Selamat datang ke Linkar52, sebuah kediaman dengan ketersambungan terus ke stesen LRT dan lebuhraya utama. Tiada kesesakan, tiada masa terbuang – hanya detik berharga yang dikembalikan.
Gunakan kalkulator mudah kami untuk menilai komitmen kewangan anda. Mulakan langkah pertama untuk memiliki rumah di Linkar52.
Masukkan butiran di bawah untuk bermula:
RM
Tahun
RM
%
RM 0.00
Prinsipal & Faedah
RM 0.00
*Hubungi pasukan jualan kami untuk maklumat lanjut atau daftar minat anda sekarang untuk mendapatkan tawaran terkini.
Daftar Minat*Pengiraan ini adalah anggaran sahaja dan tidak membentuk tawaran rasmi. Sila berunding dengan pihak bank untuk maklumat yang tepat mengenai kadar faedah dan kelulusan pinjaman.
Hanya 50m dari
Stesen LRT Dato' Menteri
Hanya 100m dari Lebuhraya Persekutuan
Perjalanan harian lebih lancar dan pantas dengan akses terus ke Lebuhraya Persekutuan hanya 100 meter dari kediaman anda. Destinasi lain juga lebih dekat dengan rangkaian lebuh raya utama seperti NKVE, ELITE dan LKSA untuk memudahkan urusan harian anda.
Rekaan plot lantai eksklusif untuk lebih privasi, ketenangan dan kenyamanan
Alami perbezaan di Linkar52, sebuah kediaman berkepadatan rendah dengan hanya 615 unit untuk ketenangan anda. Rekaan lantainya memastikan pintu masuk setiap unit tidak menghadap jiran dan kediaman anda mempunyai pemandangan tanpa halangan.
Dengan hanya beberapa unit bagi setiap koridor dan kawalan keselamatan 24 jam, anda akan menikmati kualiti hidup yang lebih eksklusif dan selamat.
Pintu masuk kediaman yang tidak menghadap jiran secara terus memberikan ketenangan serta ruang peribadi yang lebih terjamin.
Setiap aras direka dengan koridor-koridor pendek yang dikongsi oleh hanya beberapa buah rumah. Susun atur yang istimewa ini mewujudkan suasana seakan separa peribadi.
Setiap unit di Linkar52 menawarkan pemandangan tersendiri tanpa halangan. Reka bentuk 360 darjah ini memaksimumkan cahaya semula jadi, serta memberi kebebasan untuk memilih pemandangan yang paling menenangkan.
Rasai kelainan hidup di kediaman tinggi dengan lebih privasi. Rekaan yang meminimumkan perkongsian dinding antara unit mencipta suasana yang lebih senyap dan ruang peribadi yang lebih eksklusif.
Reka bentuk berkepadatan rendah memastikan persekitaran lebih tenang. Rasa lapang ini dipertingkatkan lagi dengan reka bentuk pasif yang menggalakkan aliran udara semula jadi, mewujudkan suasana yang sihat dan menyegarkan.
Fasiliti riadah, ruang kerja dan kemudahan harian di satu lokasi
Gabungkan semua aspek kehidupan moden di satu lokasi dan nikmati keseimbangan hidup yang diidamkan.
Terokai kemudahan harian di hab komersial aras bawah, atau manjakan diri di fasiliti gaya resort yang eksklusif seperti kolam infiniti dan ‘lazy river’.
Nikmati akses bebas ke kawasan hijau seluas 0.87 ekar; sebuah ruang landskap terbuka yang direka untuk ketenangan anda sekeluarga.
Bagi anda yang bekerja dari rumah, alami kebebasan untuk menyelesaikan urusan anda dari mana-mana kemudahan yang tersedia termasuk ruang kerja bersama, sambil kekal selesa dan produktif.
Berdekatan hab komersial yang lengkap
Rasai keseronokan gaya hidup moden di pusat bandar Shah Alam. Semuanya tersedia untuk anda. Kehidupan anda kini lebih dekat dengan kemeriahan, kemudahan dan keseronokan.
Terletak di Seksyen 14, pusat pentadbiran dan nadi komersial Shah Alam yang matang dan terhubung, kediaman anda berada di tengah-tengah segala-galanya.
Kini anda lebih dekat dengan detik-detik berharga.
Luangkan masa anda bersama keluarga dan yang tersayang untuk aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat. Kolam renang kanak-kanak serta kolam renang infiniti juga tersedia untuk membuatkan hari anda lebih bermakna.
Linkar52 membuat si kecil tersenyum dan anda teruja.
Linkar52 merupakan pembangunan kediaman pertama di SA Sentral — mencetuskan cara hidup bandar yang lebih mudah, moden dan terhubung. Melalui SA Sentral, PKNS bertekad meningkatkan ketersambungan, mengurangkan kesesakan dan mewujudkan kehidupan yang lebih seimbang untuk semua.
Visinya adalah untuk membentuk sebuah bandar yang terhubung, menginspirasikan dan penuh kerancakan komuniti.
Sebagai projek perintis di SA Sentral, Linkar52 menandakan era baharu bagi PKNS — era inovasi, kemajuan dan pembangunan kediaman berkualiti yang lestari serta memberi nilai jangka panjang.